Hi guys dan assalamualaikum semua,saya Hang Tarung ingin memulakan blog ini untuk menceritakan kehidupan saya yang penuh dengan warna-warni dan pancaroba yang terdapat dalam realiti sebenar ini.Ada pelbagai kisah yang saya mahu ceritakan baik kisah silam,kisah sekarang atau masa depan yang telah dilalui.Dalam setiap post yang ditulis akan ada pelbagai benda yang saya akan ceritakan yang akan dikongsikan seperti kehidupan saya,panduan,ilmu pengetahuan dan banyak lagi.Jangan risau pasal formaliti pada post saya sebab ada post yang santai dan tak formal untuk kita bersantai dan berfoya untuk menikmati kehidupan.
Pertama sekali,saya tidak akan memaparkan nama sebenar saya sebab saya gemar menceritakan kehidupan saya sambil merahsiahkan identiti saya kerana bimbang akan digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti netizen,pembuli siber dan pelbagai lagi orang daripada memanipulasikan data peribadi saya.Tambahan pula saya ingin menjaga kesihatan mental saya supaya tidak menjejaskan prestasi saya dalam kehidupan yang sebenar.
Saya adalah pemuda yang berasal daripada Kuala Lumpur tetapi mantap dan dibesarkan di Selangor disebabkan oleh pekerjaan keluarga.Minat saya adalah street workout atau kalistenik dan cita-cita saya mahu menjadi pensyarah yang bertauliah.Saya juga memasang impian untuk menjadi seorang martial artist dan pesilat tetapi saya ada masalah dari segi disiplin dan konsistensi tapi itu tidak memutuskan harapan saya untuk merealisasikan impian saya.
Selama ini saya tiada niat untuk menulis blog atau menjadi blogger tapi setelah melihat blogger lain menulis blog dan menceritakan kisah kehidupan mereka yang menarik,tertarik hati saya dengan aktiviti ini dan memasang niat untuk menjadi blogger untuk meluahkan isi hati saya tentang kehidupan yang saya lalui.
Menjadi seorang blogger juga merupakan pekerjaan bagi saya walaupun pekerjaan sendiri seperti youtuber yang mampu menjana pendapatan kecil untuk menampung kos kehidupan harian saya.Selain itu juga,upah yang diterima daripada penulisan blog dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi seorang pesilat dan martial artist.Oleh itu,harap anda semua dapat menyokong blog saya ini.Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment