Tibalah giliran Malaysia dilanda wabak Covid-19 tapi takpa yang penting kena optimistik dan sabar dalam setiap perkara kalau asyik nak negatif je memang makin teruk keadaan.Betul yang musim Covid ni ramai penggangguran dan kes yang pelik disebabkan ramai orang desperate nak hidup tapi harus ingat kita kena sentiasa tenang menghadapi musim Covid ni dan sentiasa membuat pilihan dengan minda yang tenang supaya tak buat keputusan yang boleh merugikan kita pada masa hadapan.
Waktu Covid-19 nilah,pergerakan kita menjadi terbatas sebab norma sebelum Covid-19 tidak boleh diamalkan pada musim pandemik.Kalau nak pergi mana-mana pun kena pakai mask kat tempat-tempat sesak macam kat mall,bank,pasar dan lain-lain tempat kalau tak naya doh kena saman RM1000.00.Saman banyak tuje dah boleh beli macam-macam kat shoppee atau Lazada.Jadi followlah SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan saman.Orang yang pakai mask ni kebanyakannya taknak kena saman tuje yalah musim Covid ni kan ramai kena buang kerja takda mata pencarian kena saman seribu mampus nak cari oiii!!!Segelintir orang pakai mask jugak nak elak dapat penyakit Covid jadi pengajarannya pakailah mask nak elak kena saman dan jangkit Covid nanti rugi.
Mesti korang tak tahu nak buat apa kan waktu kuarantin asyik duduk rumah tak buat apa-apa.Sesetengah orang cari kerja yalah sebab banyak employer buang pekerja sebab wabak Covid Melanda manakala yang lain buat channel youtube nak tampung kehidupan dan berkongsi cerita serta maklumat bermanfaat kepada kita semua.Kalau akulah,masa kuarantin buat street workout(Calisthenics) dengan kata lain buat senaman kat rumah huhuhuu.....Bukan buat tuje kau ingat aku ni pasang niat budak tadika ker?Adalah tolong parent dengan hal rumah macam beli barang,bersihkan rumah dan masak.See even aku pun boleh jadi suami mithali hiks.
Dengan teknologi kita yang dah maju ni,ramai pelajar baik sekolah atau pelajar universiti mengadakan kelas atas talian dan berinteraksi secara alam maya kerana pandemik Covid yang melanda mampu menjangkiti orang ramai yang berkumpul.Seronoklah belajar kat rumah boleh belajar sambil makan minum sambil dgr guru atau lecturer mengajar.Even though aku ni dah habis diploma tapi nafsu aku masih lagi nak cari ilmu lagi-lagi pasal ilmu kesihatan.
Memperkenalkan aplikasi Coursera guys,di mana orang ramai boleh mengambil kelas yang diingini secara maya dan mendapatkan sijil tamat belajar setelah menghabiskan silibus mata pelajaran yang disediakan.Aku ada apply kursus kat coursera dan kalau korang nak tahu semua kursus ada berbayar dan tidak berbayar tapi kau boleh je apply free tapi takda sijil lah dan terhad untuk sesetengah kursus ya.Pasal course apa yang aku apply dan cara nak guna aplikasi Coursera serta cara nak apply free course nanti aku sembang kat post yang seterusnya.
Ok guys gua sembang takat sini sahaja.Ingat jaga kesihatan masing-masing bila keluar pergi kat tempat yang ramai orang lagi-lagi sekarang musim virus.Pastikan pakai mask dan elakkan bersentuhan dengan orang supaya tidak terjangkit atau dijangkit Coronavirus.Kalau tak sihat duduk rumah atau pergi jumpa doktor.Jgn lupa kesihatan mental jugak pergi jumpa kaunselor dalam talian,keluarga,kawan atau doktor kalau dah tertekan sangat.Mental illness jgn dibuat main-main teruk akibatnya nanti.Kesihatan adalah harta yang ternilai dan harus dijaga dgn usaha sendiri.Sekian.